Monday, March 14, 2011

Pasrah dan Redha...

Sekian masa berlalu,
Begitu jugalah perjalananku sebagai pelajar IB yg hampir ke penghujungnya.
Aku sedar sudah banyak pahit dan manis aku lalui.
Yang adakalanya mengajar aku apa erti kehidupan ini.
Apa matlamat hidupku di muka bumi ini???

Mungkin pernah sesekali aku rasa menyesal dengan pilihan yang telah aku sendiri buat.
Bila ada yang tak kena, orang lain yang selalu dipersalahkan.
Astaghfirullahalazim...
Bila dikenangkan kembali terlalu banyak khilaf yang telah aku lakukan.
Mungkin kerana selama ini aku sentiasa berada di atas.
Semua aku yang harapkan, semuanya mendatang.
Terpancarlah sinar kebanggaan jauh di sudut sanubari ini.
Maka aku lupa, bahawa Allah amat benci orang-orang yang riak dan bongkak itu.

Aku takut...
Takut kepada-Mu Ya Allah.
Mengenangkan diriku yang mungkin gagal melaksanakan tanggungjawabnya.
Tanggungjawab yang sebenarnya di muka bumi ini.
Aku akui aku terlalu leka mengejar kejayaan dunia.
Tanpa sekelumit di hati ingin menanti kejayaan di hakiki.
Astaghfirullahalazim...

Namun Allah itu Maha Bijaksana.
Lagi Maha Berkuasa.
Aku bersyukur kepada-Mu Ya Allah.
Tatkala masaku menuntut di KMB semakin singkat.
Aku dipertemukan dengan rakan-rakan.
Yang selama ini berada di depanku sendiri
Membuka mataku.
Mengenal akan apa itu erti Islam sebenarnya.
Terima kasih Ya Allah.
Semoga persahabatan kami kekal hingga ke penghujungnya.
Dan semoga aku dipertemukan lagi dengan mereka yang ikhlas bersahabat.
Dan sudi berkongsi dan mendengar permasalahanku...

P/s:Tahniah diucapkan kepada semua rakan-rakanku yang berjaya mendapat placement universiti yang diharapkan. Semoga berjaya dalam mencapai cita-cita dan membentuk diri untuk menjadi insan yang lebih mulia di sisi-Nya.



















Janganlah engkau gantungkan hatimu kepada dunia kerana sesungguhnya Aku tidak menjadikan dunia ini untuk engkau. Putuskan harapan dari makhluk kerana sesungguhnya mereka itu sedikitpun tidak ada kuasa di tangan mereka.

*Anas r.a berkata, Rasulullah bersabda, “ bahawa besarnya sesuatu balasan itu menurut besarnya sesuatu bencana ujian, dan bahawa Allah apabila mengasihi sesuatu kaum diuji mereka, kemudian sesiapa yang menerima ujian itu dengan redha, maka dia akan beroleh keredaan Allah, dan sesiapa yang bersikap keluh kesah serta benci menerima ujian itu , maka dia akan mendapat kemurkaan daripada Allah.” ( At-Tirmidzi dan Ibnu Majah)