Friday, August 13, 2010

Segenap detik...

Masa berlalu begitu pantas. Terlalu pantas hinggakan aku terpinga melihat perubahan dunia ini. Hinggakan, baru sedar yg kitaran masa kembali membuat pusingannya.

Ramadhan...
Mngkinkah ini kali terakhir aku menemui...
Menyingkap kembali memori segenap setahun yang lalu...
Apakah aku sudah berubah???
Atau masih insan yang sama???

Kadangkala ujian datang bertubi-tubi...
Sampai terasa tertusuk hingga ke sanubari...
Apakah aku sudah berubah???
Atau masih insan yang sama???

Mungkin orang tidak mengerti...
Mahupun sekelumit memahami...
Tak semua kejayaan itu indah...
Apabila diri ini terasa bebannya...

Apakah ini satu anugerah...
Satu kurniaan...
Atau satu malapetaka...
Yang tersirat mengundang bencana...

Ya Allah...
Aku sedar....
Aku bukanlah hambamu yang mulia...
Yang rapi menjaga tanggungjawabnya...
Namun aku sedar...
Bahawa aku adalah lemah...
Dan sentiasa memerlukan pertolongan dan petunjuk-Mu...
Moga ya Allah...
Kau menetapkan kebaikan...
Di sebalik ujian-Mu yang maha berat ini...


No comments:

Post a Comment