Thursday, June 23, 2011

Sebuah coretan untuk....

Ketika si ayah sedang berehat di beranda sambil mengusap-usap wajahnya yang mulai berkerut, kelihatan keadaan badannya sudah mulai bongkok menongkah ke bumi. Maka, si anak lelaki datang bertanya, mengapakah wajahnya yang kacak kini sudah mulai berubah dan badannya yang tegap sudah menjadi bongkok.

Jawab si ayah... 'kerana aku ini seorang lelaki'.Si anak tidak mengerti dan bertanya kepada ibunya pula.

Jawab ibunya, "Anakku,jika seorang lelaki itu benar-benar bertanggungjawab ke atas keluarganya,memang begitulah jadinya." Anak itu masih tidak faham dan terus mendiamkan diri.

Sewaktu dia melelapkan mata dia bermimpi...mimpi yang menjawab segala persoalan yang bermain difikirannya selama ini. "Saat Kuciptakan lelaki, Aku ciptanya sebagai pemimpin keluarga serta sebagai tiang penyangga bagi bangunan keluarga. Dia sentiasa akan berusaha menahan setiap bebannya, agar keluarganya menggamit rasa aman dan bahagia. Kuciptakan bahunya yang lebar dan berotot untuk membanting tulang demi menyara keluarganya. Kuberikan kekuatan padanya agar dia berusaha mencari sesuap nasi yang halal dan bersih dari keringatnya sendiri agar keluarganya mampu untuk berada dalam keadaan yang baik. Walaupun seringkali dia mendapat cercaan daripada anak-anaknya, Ku tetap berikan dia perasaan tabah dan gigih berusaha berjuang untuk terus mencintai dan mengasihi keluarganya. Hatinya telah banyak terluka oleh anak yang ditatangnya sendiri selama ini. Namun, dia masih mampu menyelindungkan perasaan terlukanya itu, malah dia sering berdoa kepada-Ku agar anak-anaknya berjaya dalam kehidupan dunia dan akhirat. Kuberikan kerutan di wajahnya agar menjadi bukti, bahawa lelaki yang sudah tua itu sentiasa berusaha sekuatnya untuk mencari jalan agar keluarganya hidup dalam keluarga sakinah. Badannya yang terbongkok membuktikan bahawa dialah lelaki yang bertanggungjawab terhadap keluarganya, sentiasa berusaha mencurahkan segala kudrat serta perasaannya, kekuatannya, demi masa depan keluarganya. Dan hanya inilah kelebihan yang dimiliki oleh seorang lelaki, tanggungjawab yang diamanahkan kepadanya untuk dipersoal di akhirat kelak."

Anak lelaki itu terbangun dan segera berlari, berwudhu' dan solat malam hingga menjelang subuh. Setelah itu, dia menghampiri bilik orang tuanya, kelihatan ayahnya sedang khusyuk berzikir dengan penuh tawadhu'nya. Ketika ayahnya mulai selesai dan berdiri, anak lelaki itu bingkas mencium telapak tangan ayahnya sambil berkata, "Aku mendengar dan merasakan bebanmu wahai ayah."

p/s:Happy Father's Day! Terima kasih Ya Allah kerana mengurniakan kepadaku seorang ayah yang penyabar dan penyayang. Aku sayang AYAH..♥

1 comment: