Saturday, August 13, 2011

Hidup selepas IB

IB = International Baccalaureate

"Course ni paling susah dalam dunia kot. Dah la susah mahal tahap gaban plak tu." 

Teringat memori pegi intvw mara dulu. Sume kecoh pasal program IB ni dan aku yg jenis kampung ckit bab2 menresearch ni, apalagi melangut je la dengar dorg sume cite. Dalam hati nak je ckp, ape IB2 nih A level sudah. Lantakla korg nak bincg ape yg penting nak dpt scholarship je. Siyes bunyi mcm arrogant gile. Ape org ckp bodoh sombong.

Well, itulah attitude aku lebih kurang waktu zaman jahiliyyah dulu. Ye la, bila kita selalu kat atas perlu ke nak dgr ckp mereka2 yg kat bawah tu. (Astaghfirullahalazim) Bunyi mcm teruk gilakan, tapi itulah hakikat manusia yg mudah lupa diri. Entah2 kita dulu-dulu pun mcm tu, bwk2lah muhasabah diri kalo begitu.

Ok nak sambung plot cerita balik (wah hasil Malay A1 kah?) result intvw mara tu pun klua and tercampaklah ak ke IB world school KOLEJ MARA BANTING utk 2 tahun. Amek kau dpt IB trus. Ape lagi, si empunya diri yg bajet     x kesah IB tu ape lagi terhegeh-hegeh la google kat internet cari psl International Baccalaureate nih. Bila dah baca tu, dlm hati mcm nak maki je bila tgk subjek2 yg kena blaja blk (sungguh x bersyukur hamba Allah yg sorg ni!) Tapi disebabkan nak dpt medical degree di oversea, tabahkan je la diri ini nak melaluinya.

Habisla 2 tahun........

Alhamdulillah sumenya berakhir dengan baik. Pastu, bila dikenangkan blk, rasa beruntung plak amik IB ni. Org ckp student2 IB ni sumenya all rounded person. Ye ke? Ak macam gagal je. Haha. Well, ape pun bila dah habis IB rasa satu beban dah terangkat. Btul org ckp, bkn mudah bila tiap2 minggu kena anta lab report, tido pkul 3/4 pg tiap2 mlm siapkan assgnment IA, EE, TOK. Presentation x pyh ckpla. Satu presentation je slideshow plg koman pun cincai2 40 slides. Every subject plak tu. X ke gila! Hiperbola terus.

Main point die kat sini. Yg atas ni suma repekan2 je(exist ke perkataan ni). Budak medik kalo nak placement sume kena attend intvw!!!!!!!!!! Budak non-medic, click send on your app and tadaa offer top uni mari. Bukan nak merungut, tapi menyedarkan diri ini of how critical the medical field is. X cukup2 ngan time blaja and keja yg agak sukar, nak msk medical school pun gedabaknya challenging ok. Ak adalah salah sorgnya yg masih lagi terkapai-kapai mencari placement in any UK's medical school. Bila tgk rakan2 yg lain berbincang dgn galaknya di FB pasal accom la and whatsoever, rasa sebak pun ada. Ingatkan bila da lepas IB and lepas all the requirements, ble la jadi tenang and just fikir planning bila dah fly. Tapi......

Diri ini sedar bahawa Allah itu Maha Adil. X mungkin Dia saja biarkan hambaNya teruji tanpa sebab musabab tertentu. Diri ini turut yakin bila Dia tidak memberi sesuatu yg diingini, insyaAllah sesuatu yg lebih baik sedang menanti asalkan sabar meniti hari. Mungkin salah satunya dah nmpk which is aku dikurniakan dgn rakan2 yg sering membantu dan menyokong dari belakang agar tidak berhenti mengharap dan yg penting teruskan usaha2 yg termampu sbg seorang hamba. Sesungguhnya, manusia merancang tetapi Allah yg menentukan segala2nya.


Menanti jawapan yg x pasti. InsyaAllah berserah segala-gala kepadaNya.



P/s: Bila di posisi mcm ni, sentiasa teringatkan kebesaran Ilahi dan kekerdilan diri ini. Mungkin inilah satu rahmat kehidupan selepas IB...






1 comment: